Tuesday, July 12, 2011

Siapa yang perlu BERSIH?

Sumber imej: http://seapa.files.wordpress.com/2007/11/bersih.jpg

Parti pembangkang bersungguh-sungguh adakan demonstrasi jalanan (lagi). Kali ni diberi nama BERSIH. Parti pembangkang kata pilihanraya yang lepas-lepas semuanya dipengaruhi taktik kotor dan penipuan. SPR didakwa dijadikan kuda kerajaan BN.

Kalau parti pembangkang tak setuju dengan pilihanraya yang lepas, kenapa mereka iktiraf kemenangan mereka di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan? Bukan ke semua tu melalui pilihanraya yang dikendalikan SPR? Kalau betul, bubarkanlah DUN. Buat pilihanraya semula. Takpun boikot dan beri saja kemenangan percuma pada BN. Sanggup ke?


Jelas sangat BERSIH cuma permainan politik kotor pembangkang. Tak ada matlamat. Akhirnya rakyat yang diperbodohkan. Jika inilah bakal pemimpin dan kepimpinan yang mereka tawarkan, tak payahlah. Kalau BN 'kotor' sekalipun, sekurang-kurangnya negara dah membangun. Rakyat hidup selesa. Tun Mahathir, Dato Seri Najib dan ahli UMNO tetap dah berjasa walaupun duduk dalam parti UMNO yang dikatakan penuh rasuah dan kronisme.

Pembangkang memang tak boleh diharap. PAS dah tak lekat dengan Islam. 'Ulama' PAS ramai yang jadi dungu. Dulu kata UMNO kafir sebab mengalah dengan MCA dan MIC. Hari ni mereka sendiri bersekongkol dengan parti bukan Islam (malah yang anti-negara Islam!) DAP dan parti sosialis. Dulu kononnya PAS lebih jaguh memperjuangkan 'negara Islam' berbanding UMNO. Hari ini mereka tukar kepada 'negara kebajikan'. Kemudian sanggup pula jadi pak turut kepada peguam yang anjur IFC! Esok lusa? Tak mustahil PAS akan lebih liberal.

PAS cuma jadi kuda tunggangan. Hakikatnya sebahagian besar pengikut demonstrasi adalah penyokong PAS. Dalam 'pakatan', PAS cuma jadi kuda. Seandainya PAS menang majoriti sekalipun, Anwar Ibrahimlah pemenangnya. Pada masa sama parti PKRnya umpama rumah yang sudah nak roboh. Parti sendiri tak boleh nak jaga. Bolehkah jaga Malaysia? Apa yang boleh diharap dengan DAP? DAP cuma boleh hidup dengan sikap perkauman. Kalau bukan sebab itu, mungkin semua Cina dalam DAP dah masuk MCA atau Gerakan. Inilah pakatan pembangkang yang kononnya dah bersedia mengambil alih kerajaan.

Siapa yang perlu diBERSIHkan sebenarnya?





2 comments:

  1. BERSIH ni klu dilihat secara faktanya, diasaskan oleh NGO BERSIH yg x ada kena mengena dengan kerajaan. Aku pun x sokong pembangkang (juga tidak menyokong kerajaan, aku atas pagar n tidak mengundi), and aku doubt pembangkang cuma sokong BERSIH demi kepentingan diorang. Tapi perlu dingat, BERSIH ialah NON POLITICAL GATHERING untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil. tak kira sesiapapun yang memerintah malaysia ( either pembangkang atau kerajaan BN sekarang) asal ada penyelewengan dalam pilihanraya, maka BERSIH mesti diteruskan. BERSIH ialah suara rakyat, bukan suara mana2 parti pemerintah.

    ReplyDelete
  2. Luarannya mmglah nampak baik. Tapi kalau 'champion'nya pembangkang, akan jd kempen pembangkang juga.Politik jd fokus. Bukan hak asasi. blh nampak bezanya. Misalnya dlm isu Palestin,takde siapa pun minat nak bertindak kasar. Aman.

    Mana boleh SPR nak cantik 100%? Mesti ada silapnya. Yg penting pilihanraya berjalan dgn aman dan lancar. Pembangkang pun bukan tak menang langsung. Kalau betul SPR ada masalah, 1 negeri pun pembangkang tak bolh menang. Hakikatnya ini cuma permainan politik pihak tertentu yang terdesak nak kuasa.

    ReplyDelete