Thursday, July 28, 2011

Mengapa PAS tak layak berkuasa (bhgn 2) ...


KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS – Part 2
Oleh : Nashrul Fazli
(Nashrul Fazli Merupakan Rakan Karib Kepada Dr Rahman Kadir)

Saya ingin menambah beberapa perkara yg disebutkan oleh sdr Rahman Kadir sebelum ini. Saya mulakan dengan kata2 Saidina Umar yang lebih kurang berbunyi:

“Setiap manusia yg lahir dr rahim seorang ibu dilahirkan sebagai seorg yg merdeka”.

Oleh itu, saya ingin... menyatakan bhw kami sebelum ini menyertai PAS sebagai seorang yang merdeka dengan kehendak hati kami sendiri, dan kami keluar dari PAS juga sebagai seorg yg merdeka dengan kehendak hati kami sendiri. Kedua-dua keputusan dibuat berlandaskan ilmu yang ada pada ketika keputusan yang dibuat.

Mengapa PAS tak layak berkuasa (bhgn 1)...


KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS
Oleh : Dr Rahman Kadir

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Wednesday, July 13, 2011

Ahli politik DAP baca hadis. Patut ke?

Tak patut!

Itulah jawapannya.

Minatkah Lim Guan Eng dan konco-konconya dengan Islam?
Sumber imej: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeZqT84-z6i-PbW6yF0JJifFDqTju4lcN6puepXKt914WcGnPbtxkH2WR62EV7KFWClGja5R1UAZWUW-WRH4h7wb2z4ED2abkb8nTWT1ZG_WXfzenSk7E36t2ZOrg26eeRIVMbzWZcSLNb/s400/GUAN+eNG-ULAMA6-2.jpg

Ini kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim baca hadis sebagai 'hujah'. Siapa ahli politik DAP ni nak baca hadis? Sejak bila pula ada 'umat' yang lebih percaya hadis daripada iman kepada Allah?

Dan lagi,
"Kalau benar-benar minat masuklah Islam dan mendalami sepenuhnya, bukan sekadar membaca sepotong dua hadis nabi. Kita juga khuatir hadis yang dipetik itu sama ada hadis daif atau sebaliknya. Jangan main petik sahaja. Saya berharap perkara seumpama ini tidak lagi," katanya.
-bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


PAS (kononnya) nak anjurkan BERSIH 3.0

PAS nampaknya makin sombong. Agaknya melihat 'sambutan yang menggalakkan' daripada orang ramai yang suka berdemonstrasi. Dengan angkuhnya PAS nak adakan pula BERSIH 3.0!

Karut betul la pemimpin PAS sekarang ini. Mungkin ada benarnya saranan sesetengah pihak yang mencadangkan pelajar jurusan agama (Islam) diajar juga dengan pendidikan sains. Dapatlah juga meningkatkan pemikiran kritikal. Mungkin akan mantaplah sedikit logik fikiran mereka.


Tuesday, July 12, 2011

Siapa yang perlu BERSIH?

Sumber imej: http://seapa.files.wordpress.com/2007/11/bersih.jpg

Parti pembangkang bersungguh-sungguh adakan demonstrasi jalanan (lagi). Kali ni diberi nama BERSIH. Parti pembangkang kata pilihanraya yang lepas-lepas semuanya dipengaruhi taktik kotor dan penipuan. SPR didakwa dijadikan kuda kerajaan BN.

Kalau parti pembangkang tak setuju dengan pilihanraya yang lepas, kenapa mereka iktiraf kemenangan mereka di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan? Bukan ke semua tu melalui pilihanraya yang dikendalikan SPR? Kalau betul, bubarkanlah DUN. Buat pilihanraya semula. Takpun boikot dan beri saja kemenangan percuma pada BN. Sanggup ke?