Wednesday, February 1, 2012

Saya mohon maaf kerana mendedahkan keaiban anda


PERMOHONAN MAAF

Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua individu yang pernah terkait atau terbabit dengan penulisan saya yang telah disiarkan dalam blog ini. Khususnya tuduhan tanpa bukti yang melibatkan individu seperti ustaz Hadi Awang dan para ulama dalam PAS, serta semua saudara seIslam dan Melayu amnya.

Anwar terbukti peliwat. Biarlah Allah mengadilinya.

Mendedahkan keaiban orang lain tanpa bukti bersalah yang jelas - adalah perbuatan yang salah dan haram di sisi Islam. Ingatlah, barangsiapa yang suka mendedahkan keaiban orang lain, Maharaja Sekelian Alam ALLAH Yang Maha Agung, S.W.T., akan membuka keaiban orang itu di hari pembalasan kelak (Na'uzubillah).

Nabi Muhamad S.A.W. ajar kita - hidup berhemah dengan akhlak dan budaya Islam.

Pesanan utk para BLOGGER - Sesungguhnya memaparkan imej lucah, pendedahan aurat dan sebagainya yang bertentangan dgn adab Islam adalah berdosa walaupun bertujuan untuk mendedahkan perlakuan buruk seseorang. Dosa tetap dosa. Jangan kita turut serta terikut-ikut buat dosa seperti Si Fulan yang berdosa tu. Biarlah ALLAH S.W.T Yang Maha Agung mengadili mereka, dunia mahupun di akhirat. Kritiklah dengan hikmah dan kebijaksanaan.

Saya memohon ampun drpd ALLAH S.W.T. akan kesilapan saya yang lepas-lepas. Semoga terus ditunjukkan jalan yang terbaik dalam membela bangsa Melayu dan umat Islam amnya.


SAYA SOKONG UMNO!

Sumber : UMNO-online
SOKONGLAH UMNO. UMNO pembela Islam dan Melayu di Malaysia.
(UMNO bukan 'tong taik mahupun najis')



p/s: TETAP SOKONG YBhg Dato Dr Hassan Ali walaupun dia ssayannggg PAS!