Monday, August 15, 2011

Mengapa PAS tak layak berkuasa (bhgn 3)


Wajah seorang pemimpin berkaliber
yang dipermainkan oleh PAS

Sempena 'krisis akidah politik' yang melanda PAS. Juga suatu penghargaan untuk Datuk Dr Hassan Ali. Sepatutnya dia adalah calon terbaik MB Selangor. Tapi bak kata beliau,
"ALLAH yang memberi, dan ALLAH boleh mengambilnya semula. Mungkin ALLAH ambil semula kerana mahu menyelamatkan aqidah kita"
Teruskanlah perjuangan. Ikuti catatan YB Zul di bawah (http://zul4kulim.blogspot.com/2011/08/abis-madu-sepah-diterajang.html).

-------------
Salam 2 all.

Teman sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa YB Datuk Dr. Hasan Ali yang berdepan dengan serangan bertubi-tubi, bukan sahaja daripada kristian dan kafir la'natullah, malah daripada partinya sendiri. Parti yang begitu angkuh mendabik serban mendakwa mereka pejuang Islam, parti yang sanggup mengkafirkan orang lain semata-mata tidak tunduk kepada kehendak mereka; parti yang kini mengeluarkan patwa rupanya perjuangan negara Islam tak ada dalam Quran!

Thursday, August 4, 2011

JAIS dan Dato' Hassan Ali pemimpin contoh

Terima kasih JAIS dan Dato'.

Kisahnya:
Nampaknya orang Kristian dah pandai anjurkan majlis 'berbuka puasa' pula (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAIS_polisserbuumatIslamdalamgereja/Article). 'Tahniahlah' kepada pemimpin PAS yang berjaya mendakwahkan rakyat di Selangor, sampai orang Kristian pun tergerak untuk mengadakan majlis meraikan umat Islam DI DALAM GEREJA?! Tapi penganjurnya orang Islam?!
Katanya, penganjur utama dipercayai beragama Islam berunding hampir sejam bersama ketua pasukan operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis selesai. 

(masukan ini dikemaskini semula 23 Ogos 2011)