Thursday, August 4, 2011

JAIS dan Dato' Hassan Ali pemimpin contoh

Terima kasih JAIS dan Dato'.

Kisahnya:
Nampaknya orang Kristian dah pandai anjurkan majlis 'berbuka puasa' pula (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAIS_polisserbuumatIslamdalamgereja/Article). 'Tahniahlah' kepada pemimpin PAS yang berjaya mendakwahkan rakyat di Selangor, sampai orang Kristian pun tergerak untuk mengadakan majlis meraikan umat Islam DI DALAM GEREJA?! Tapi penganjurnya orang Islam?!
Katanya, penganjur utama dipercayai beragama Islam berunding hampir sejam bersama ketua pasukan operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis selesai. 

(masukan ini dikemaskini semula 23 Ogos 2011)

Tahniah dan terima kasih pada YB Dr Hassan Ali dan JAIS yang masih sudi mempertahankan kesucian Islam daripada dipermainkan oleh ahli politik rakus.

Apa pula komen YB Shah Alam dan konco DAP agaknya? Apa pula tindakan Parti Anak Setan? Apakah YB Dr Hassan akan dipecat keahlian pulak? Tunggu...



KEMASKINI   [10 Ogos 2011]:


Dalam perkembangan terbaru kes ini, Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Ketuanya Ust. Nasrudin Hassan mengeluarkan kenyataan menyokong penuh tindakan JAIS dan Exco Agama (Dato' Hassan Ali). Utusan Online memetik kenyataan dari blog beliau,
"Harga akidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,'' katanya di dalam blognya http://www.eperjuangan.com/.
Sumber: 'Pemuda Pas akan pertahankan akidah umat Islam - Nasrudin'; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid turut mengeluarkan kenyataan menyokong penuh tindakan JAIS dan  Dato' Hassan Ali.
"Beliau berkata - 'Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik'. Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam."
Sumber: 'Wajib pertahan Islam'; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Ini bukan soal anti-Kristian. Orang Kristian bebas mengamalkan agama mereka. Tetapi umat Islam menentang usaha segolongan pendakwah Kristian yang menggunakan rasuah dan 'taktik kotor' untuk mencari pengikut. Apatah lagi menjadikan orang Islam sebagai sasaran.





KEMASKINI   [23 Ogos 2011]:

Bukti jelas yang memihak JAIS, menutup mulut pemimpin 'celaka' dalam PAS.
http://www.anwaraidc.com/?p=15839

Jelas, presiden dan parti PAS gagal mengotakan 'perjuangan Islam'. Lebih mendukacitakan, setiausaha agungnya, Mustafa Ali, mendakwa kejadian ini merupakan tipu muslihat UMNO.

Peristiwa ini memberi iktibar yang jelas:

  • PAS dah lebih teruk daripada UMNO.

No comments:

Post a Comment