Wednesday, July 13, 2011

PAS (kononnya) nak anjurkan BERSIH 3.0

PAS nampaknya makin sombong. Agaknya melihat 'sambutan yang menggalakkan' daripada orang ramai yang suka berdemonstrasi. Dengan angkuhnya PAS nak adakan pula BERSIH 3.0!

Karut betul la pemimpin PAS sekarang ini. Mungkin ada benarnya saranan sesetengah pihak yang mencadangkan pelajar jurusan agama (Islam) diajar juga dengan pendidikan sains. Dapatlah juga meningkatkan pemikiran kritikal. Mungkin akan mantaplah sedikit logik fikiran mereka.


Kalau dibiarkan, beginilah jadinya. Terikut-ikut budaya arab. Semuanya tak pernah nak guna otak. Ikut nafsu. Jangankan kata nak membina negara, bahkan menimbulkan huru-hara dan menghancurkan pembangunan dan kemajuan sedia ada.
Apa kemajuan PAS buat 20 tahun di Kelantan dan 3 tahun di Kedah? Walhal banyak sumber di Kelantan boleh dimajukan dan capai kemajuan sekurang-kurangnya seperti di Perak. Tak maju-maju juga. Harap KB Mall dan Tesco itulah yang dijaja ke sana ke mari. Itukah 'negara Islam' yang diperjuangkan PAS? Se'jahat-jahat' UMNO, bantu juga orang Islam maju walaupun temanya Melayu.

Penyokong PAS pula diperbodohkan, sampai ada yang terkorban kerana nafsu serakah pemimpin. Islam sepatutnya wujudkan keamanan. Pemimpin sepatutnya ajak kepada kebaikan.

Sedarlah sikit. Adakah kita nak jadi seperti Pakistan, Yaman, Sudan, Iraq dan Afghanistan? Berperang tak sudah-sudah. Rakyat jadi mangsa. Amerika dan ejennya keluar-masuk, bom rakyat sesuka hati. Kerajaan pun tak boleh nak kawal. Inikah yang kita mahu? Dahlah tak maju, nak huru-hara pulak.

Kalau beginilah pemimpin pembangkang yang nak 'perjuangkan Islam', tak payahlah. Ini bukan pemimpin yang rakyat perlukan. BN pun BN lah. Asalkan boleh solat 5 waktu, hidup aman damai, makin maju.

Tapi tahniahlah pemimpin pembangkang. Nama anda semua akan diingati oleh rakyat sebagai pengkhianat!

Untuk peserta demonstrasi - mudah-mudahan Allah membalas kerosakan yang anda semua lakukan. Setakat kopiah di kepala atau tudung labuh sampai ke pinggang, akhlak takde tak guna juga...

Islam itu CARA hidup yang jadi contoh yang baik.



-----------------------------------------------------------------------------------
Kemaskini (28/07/2011)

Video di bawah, khas untuk penyokong PAS @ BERSIH (kot la nak lantik Ambiga jadi ketua)

No comments:

Post a Comment